Program Mendidik Saudara Kita
Program khas untuk Saudara Kita mengenali prinsip-prinsip Islam, Fardhu Ain dan semua asas keagamaan secara praktikal. Seminar motivasi juga diadakan kepada Saudara Kita untuk memantapkan keimanan dan keyakinan mereka.
Program Ziarah Saudara Kita & Ziarah Hospital
Program ziarah merupakan satu cara kita mendidik Saudara Kita melalui konsep silaturrahim yang sememangnya juga ditekankan dalam kehidupan seorang Muslim. Menerapkan nilai-nilai kasih sayang agar mereka tidak terasa terutamanya bagi Saudara Kita yang disingkirkan oleh keluarga mereka yang belum Islam. Manakala di hospital pula kami menziarahi pesakit dengan memberi semangat kepada mereka supaya tidak mudah putus asa kerana sakit itu dari Allah Taala. Kami juga menasihati mereka supaya menjaga solat dan menjaga hubungan Allah Taala. Sebelum kami beredar dari pesakit, kami akan mendoakan supaya pesakit cepat sembuh dari penyakit yang dialaminya.

Ziarah Saudara Baru
Ziarah Hospital Sultanah Nur Zahirah
Program Dakwah kepada Islam & Bukan Islam
Persatuan sangat komited dalam aktiviti da’wah kepada masyarakat Muslim. Antara program yang dijalankan ialah Program Sukarelawan (Pemandu Pelancong) Masjid Kristal, Street Dakwah, Klinik Al-Fatihah, Jelajah Islam di Kemboja.
Pihak skuad menerangkan tentang al-Quran kepada pelancong China di masjid Kristal
Pihak skuad bergambar dengan pelancong dari China
Klinik al-Fatihah
Kelas Pengajian Mingguan (Tafsir Qur’an, Tasawwuf, Iqra’& Fardhu Ain, Feqah, Qur’an untuk saudara kita & Kelas bahasa Cina), Ziarah& Pemberian Zakat Kepada Saudara Kita, Sambutan hari-hari Kebesaran Islam, Kursus Latihan Pendakwah, Pameran China Muslim, Program Korban di Kemboja, Program Penjagaan Alam Sekitar.
Kelas Pengajian Mingguan
Kelas mandarin
Hotel Quran Project
Program Jelajah korban di Kemboja
Program Street Dakwah
Program Jom Bersih Pantai
No comments:
Post a Comment