PENGENALAN

MOTTO
'Persatuan Untuk Semua'

PERSATUAN DARUL FITAH MALAYSIA (CAW. TERENGGANU) adalah satu badan berdaftar buka kerajaan yang berperanan sebagai sebuah persatuan sukarela yang berusaha dengan penuh kesungguhan dan dedikasi untuk menyebar dan menggerakkan Da’wah Islamiyah serta menyediakan khidmat kebajikan, pendidikan & dakwah khasnya kepada saudara-saudara kita. Tujuan penubuhan persatuan ini ialah untuk membina masyarakat Muslim dengan penuh keimanan dan keyakinan yang mantap ke arah membina masyarakat yang bertaqwa seterusnya dapat mengajak masyarakat bukan Muslim mengenali Islam dengan lebih dekat.

Pihak Persatuan sentiasa bersedia untuk berkerjasama dengan lain-lain persatuan dan semua pihak bagi menjayakan program-program yang dapat mengembangkan Syi’ar Islam serta perpaduan Ummah. Pihak persatuan juga bersedia untuk berganding bahu dengan kerajaan Malaysia & badan-badan NGO di dalam menangani salah faham masyarakat dunia terhadap Islam di dalam masalah keganasan global.

PERSATUAN CINA MUSLIM MALAYSIA (MACMA) CAWANGAN TERENGGANU adalah sebuah badan berdaftar bukan kerajaan yang berperanan sebagai sebuah persatuan sukarela yang berusaha dengan penuh kesungguhan & dedikasi untuk menyebar dan menggerakkan dakwah Islamiah serta menyediakan khidmat kebajikan, pendidikan & dakwah khasnya kepada Saudara-Saudara Kita. Tujuan penubuhan persatuan ini ialah untuk membina masyarakat Muslim dengan penuh keimanan & keyakinan yang mantap ke arah membina masyarakat yang bertaqwa seterusnya dapat  mengajak masyarakat bukan Muslim mengenali Islam dengan lebih dekat.

Pihak Persatuan sentiasa bersedia untuk berkerjasama dengan lain-lain persatuan dan semua pihak bagi menjayakan program-program yang dapat mengembangkan syi’ar Islam serta perpaduan Ummah. Pihak Persatuan juga bersedia untuk berganding bahu dengan pihak Kerajaan Malaysia & badan-badan NGO di dalam menangani salah faham masyarakat dunia terhadap Islam di dalam masalah keganasan global.

VISI  
Menjadi sebuah badan dakwah yang terunggul. 
               
MISI 
Memberi sumbangan yang bermakna & berkesan kepada usaha penghayatan syi’ar Islam di Terengganu khasnya & di Malaysia amnya.

OBJEKTIF

  1. Membina masyarakat Muslim dengan penuh keimanan & keyakinan yang mantap
  2. Mewujudkan suasana kasih sayang & harmoni kepada golongan Saudara Kita untuk   mengukuhkan   pegangan & amalan agama.
  3. Memperkenalkan Islam secara terperinci & mengajak golongan bukan Islam membina masyarakat yang bertaqwa.
STRATEGI PERSATUAN 
  1. Berusaha memberi khidmat kebajikan, pendidikan & dakwah khasnya kepada        kalangan Saudara Kita dalam usaha membina keimanan & keyakinan yang mantap melalui pelbagai program & aktiviti yang disusun bersama. 
  2. Berusaha memberikan penerangan kepada masyarakat bukan Islam melalui pelbagai media mengenai salah faham mereka terhadap agama Islam dengan menjelaskan segala kebenaran & kemurnian ajaran Islam. Seterusnya memupuk kerjasama & toleransi kukuh antara kaum di Malaysia. 
  3. Berusaha memberikan sepenuh komitmen & kerjasama dengan semua pihak dalam mencorakkan masyarakat Islam Malaysia yang lebih ideal & seimbang sesuai dengan cabaran alaf baru melalui sessi perbincangan, program ilmu, muzakarah, ziarah & sebagainya.
  4. Berusaha menjadi pelopor kepada penyatuan gerakan dakwah di kalangan Saudara Kita di terengganu & di nusantara melalui kerjasama pelbagai pihak yang terbabit secara aktif & progresif.
  5. Berkerjasama dengan NGO dan organisasi lain dalam menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat & juga menggalakkan sifat Muhibbah & persaudaraan dengan semua pihak


3 comments:

  1. assalamualaikum. maaf. macam mana saya nk berhubung dgn PERSATUAN DARUL FITRAH M'SIA (CAW. TERENGGANU) ye?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Semoga usaha ini dirahmati dan diberkati Allah.

    ReplyDelete