OBJEKTIF
1. Mengeratkan hubungan silaturahim dengan masyarakat bukan Islam
2. Memperkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam
2. Memperkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam
· 3. Membetulkan salah faham masyarakat bukan Islam
terhadap agama Islam.
Program ini telah dikendalikan oleh penceramah undangan iaitu Saudara Lim Joi Soon, Saudara Mohamad Amin dan Saudara Firdaus Wong Wai Hung selama dua hari. Hari pertama penceramah menjelaskan tentang teori yang diadakan di Darul Fitrah dan pada hari kedua disusuli dengan praktikal bertemu dengan orang bukan Islam disekitar Kuala Terengganu.
HARI PERTAMA 30.8.2013 (JUMAAT)
Bro
Firdaus menjelaskan tentang makna Street Dakwah kepada peserta yang terdiri
daripada pihak skuad, pelajar-pelajar UniSZA dan staff serta pelajar UMT.
Selain itu, ia turut disertai oleh Saudara Michael yang berasal dari Taiwan
yang sedang belajar mengenal Islam. Perkongsian dari Bro Lim mengenai teknik menjawab persoalan Non-Muslim. Para peserta khusyuk mendengar
semasa slot Bro Lim. Bro Lim telah menjelaskan tentang soalan-soalan yang perlu ditanya
kepada non-Muslim. Manakala Bro Amin menjelaskan tentang Christianity. Pelbagai
persoalan yang timbul tentang Christianity telah dikupas oleh Bro Amin.
Selepas
solat Jumaat, program disambung lagi dengan slot Bro Firdaus bersama dengan Bro
Shukri (pelajar UUM). Pada sesi petang ini, beliau bersama Bro Shukri telah melakonkan
teknik mendekati non-Muslim untuk mendapatkan maklumbalas mengenai pandangan atau
pengetahuan mereka tentang Islam.
HARI KEDUA 31.8.2013(SABTU)
Sebelum Street
Dakwah, Datin Norhana bersama dengan Ustaz Fakrurrazi telah membahagi-bahagikan
peserta kepada tiga kumpulan, dimana kumpulan A telah diketuai oleh Bro Shukri,
kumpulan B diketuai oleh Bro Firdaus Wong Wai Hung dan Datin Norhana dan
kumpulan C diketuai oleh Bro Lim Joi Soon dan Bro Amin. Bagi memberkati program
Street Dakwah ini, diselitkan juga bacaan doa
oleh Ustaz Fakrurrazi sebelum memulakan Street Dakwah di Kg. Cina, JlnTok Lam,
Jln Banggol, Kg. Tiong.
Borang kaji selidik turut diedarkan kepada para peserta digunakan untuk mendapatkan
sedikit pandangan komuniti non-Muslim tentang Islam.
Hasilnya?
Ada yang enggan memberi pandangan, ada yang agak takut untuk memberi pendapat dan
ada juga yang selesa melayan soalan kami. Kami juga mendapati, kebanyakkan mereka
tahu tentang cara hidup dan budaya orang Islam. Cuma, mereka kurang memahami makna
sebenar Tauhid iaitu percaya pada Satu Tuhan. Jadi, pada mereka semua agama
sama sahaja.
Sayang
sekali, bila kita berkawan lama dengan non-Muslim tapi tidak pernah bercerita tentang
Allah pada mereka. Lebih kesian lagi, pada kita yang Muslim tapi tidak pernah berkongsi
Islam pada mereka. Jadi, sahabat2, jom sama-sama kita cari dan cipta ruang untuk
menyampaikan Islam kepada sahabat-sahabat non-Muslims. Gunakan nikmat kemerdekaan
dan keamanan ini untuk memaksimumkan usaha
dakwah.
Jutaan
terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program Street
Dakwah kali ini; terutamanya Bro. Lim Joi Soon, Bro Amin, Bro. Firdaus Wong Wai
Hung, Bro. Syukri (UUM), adik2 UniSZA dan adik2 UMT.