KHAMIS - Seperti yang dirancang, Alhamdlillah Program 'JOM BERSIH PANTAI' Siri II telah berjaya
diadakan pada 29.8.2013 di pantai Kg. Mengabang Telipot . Aktiviti mengutip sampah di
sepanjang pantai telah bermula jam 5.00 sehingga 7.00 petang. Program ini disertai oleh pelajar UniSZA seramai 20 orang. peserta di bahagikan kepada 2 kumpulan dan gerak kerja mengutip sampah bermula. Masih banyak sampah yang perlu dikutip
tapi kami terpaksa berhenti kerana sudah hampir waktu maghrib. Sebelum bersurai, para peserta di hidang dengan minum petang. Insha
Allah, semoga siri seterusnya bakal menyusul di lokasi pantai yang sama kerana masih
banyak sampah dan bahan buangan yang ada di sepanjang pantai. Jutaan
terima kasih kepada adik-adik yang sudi meluangkan waktu petang bersama
kami di pantai Kg. Mengabang Telipot. See you next time with more
garbages!
No comments:
Post a Comment