Program : Kembara Syahadah ke Pesiangan,
Sabah
Tempat : Kg Padang dan Pesiangan, Keningau
Sabah
Tarikh : 6-11 Febuari 2014
Hari : Khamis - Selasa
Program
Kembara Syahadah ke Pesiangan Sabah adalah salah satu program dakwah dan
kebajikan Skuad Mubaligh Terengganu dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia dengan
kerjasama skuad dakwah di bawah bimbingan al-Fadhil Ustaz Mohd Fadli Yusof.
Peserta program kali ini adalah seramai 54 orang dan wakil dari terengganu
mewakili Persatuan Darul Fitrah Malaysia dan juga Mercy Club Unisza yang juga
mengikuti rombongan bersama adalah seramai 16 orang.
Antara objektif misi kali ini adalah
berbentuk kebajikan, dakwah, dan pembinaan Masjid Asy-Syahadatul Muttaqin.
Masjid ini adalah masjid yang kedua bakal dibina di Pesiangan selepas Masjid
Asy-Syahadah di Kg Padang, Keningau
Antara aktiviti yang dijalankan lawatan
ke rumah-rumah dengan disampaikan sumbangan berbentuk keperluan harian yaitu
pakaian dan makanan asas, aktiviti mengangkat batu sungai secara beramai-ramai bagi
membuat tapak masjid yang kedua di Pesiangan, lawatan kebajikan bagi warga
islam yang sakit dan lain-lain aktiviti sampingan seperti memasak, majlis
perkahwinan saudara baru, dan majlis pengislaman seramai 9 orang yang terdiri
dikalangan penduduk setempat Pesiangan.
Pada kali ini 2 orang wakil dari
Persatuan Darul Fitrah Malaysia dapat mengislamkan 2 orang penduduk Pesiangan
di bawah bimbingan Ustaz Fadli Yusuf yaitu Datin Norhana, Ustazah Ros Ustazah
Nazifah.
Permasalahan yang timbul adalah,
pada hari terakhir di pesiangan, bermula dengan beberapa kenderaan yang
mengalami kerosakan serta tayar kereta lekat dalam lecah, dan salah sebuah van
yang menghala ke Kota Kinabalu apabila pulang telah terbabas di Keningau dan
beberapa orang dikalangan peserta telah tercedera, seterusnya terus di kejarkan
ke Hospital Keningau. Dan salah seorang yang cedera di tahan di wad diatas
kecederaan yang dialami oleh beliau dan di pindahkan ke Hospital Sultanah Nur
Zahirah Kuala Terengganu.