Friday, March 14

Kembara Syahadah ke Pesiangan Sabah

Program           : Kembara Syahadah ke Pesiangan, Sabah
Tempat            : Kg Padang dan Pesiangan, Keningau Sabah
Tarikh              : 6-11 Febuari 2014
Hari                 : Khamis - Selasa

Program Kembara Syahadah ke Pesiangan Sabah adalah salah satu program dakwah dan kebajikan Skuad Mubaligh Terengganu dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia dengan kerjasama skuad dakwah di bawah bimbingan al-Fadhil Ustaz Mohd Fadli Yusof. Peserta program kali ini adalah seramai 54 orang dan wakil dari terengganu mewakili Persatuan Darul Fitrah Malaysia dan juga Mercy Club Unisza yang juga mengikuti rombongan bersama adalah seramai 16 orang.

            Antara objektif misi kali ini adalah berbentuk kebajikan, dakwah, dan pembinaan Masjid Asy-Syahadatul Muttaqin. Masjid ini adalah masjid yang kedua bakal dibina di Pesiangan selepas Masjid Asy-Syahadah di Kg Padang, Keningau

            Antara aktiviti yang dijalankan lawatan ke rumah-rumah dengan disampaikan sumbangan berbentuk keperluan harian yaitu pakaian dan makanan asas, aktiviti mengangkat batu sungai secara beramai-ramai bagi membuat tapak masjid yang kedua di Pesiangan, lawatan kebajikan bagi warga islam yang sakit dan lain-lain aktiviti sampingan seperti memasak, majlis perkahwinan saudara baru, dan majlis pengislaman seramai 9 orang yang terdiri dikalangan penduduk setempat Pesiangan.

            Pada kali ini 2 orang wakil dari Persatuan Darul Fitrah Malaysia dapat mengislamkan 2 orang penduduk Pesiangan di bawah bimbingan Ustaz Fadli Yusuf yaitu Datin Norhana, Ustazah Ros Ustazah Nazifah.


            Permasalahan yang timbul adalah, pada hari terakhir di pesiangan, bermula dengan beberapa kenderaan yang mengalami kerosakan serta tayar kereta lekat dalam lecah, dan salah sebuah van yang menghala ke Kota Kinabalu apabila pulang telah terbabas di Keningau dan beberapa orang dikalangan peserta telah tercedera, seterusnya terus di kejarkan ke Hospital Keningau. Dan salah seorang yang cedera di tahan di wad diatas kecederaan yang dialami oleh beliau dan di pindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment