Saturday, August 31

Program STREET DAKWAH Sempena Hari Kemerdekaan 2013

OBJEKTIF
1. Mengeratkan hubungan silaturahim dengan masyarakat bukan Islam 
2. Memperkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam
·     3. Membetulkan salah faham masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam.

Program ini telah dikendalikan oleh penceramah undangan iaitu Saudara Lim Joi Soon, Saudara Mohamad Amin dan Saudara Firdaus Wong Wai Hung selama dua hari. Hari pertama penceramah menjelaskan tentang teori yang diadakan di Darul Fitrah dan pada hari kedua disusuli dengan praktikal bertemu dengan orang bukan Islam disekitar Kuala Terengganu.

HARI PERTAMA 30.8.2013 (JUMAAT)
Bro Firdaus menjelaskan tentang makna Street Dakwah kepada peserta yang terdiri daripada pihak skuad, pelajar-pelajar UniSZA dan staff serta pelajar UMT. Selain itu, ia turut disertai oleh Saudara Michael yang berasal dari Taiwan yang sedang belajar mengenal Islam. Perkongsian dari Bro Lim mengenai teknik menjawab  persoalan Non-Muslim. Para peserta khusyuk mendengar semasa slot Bro Lim. Bro Lim telah  menjelaskan tentang soalan-soalan yang perlu ditanya kepada non-Muslim. Manakala Bro Amin menjelaskan tentang Christianity. Pelbagai persoalan yang timbul tentang Christianity telah dikupas oleh Bro Amin.

Selepas solat Jumaat, program disambung lagi dengan slot Bro Firdaus bersama dengan Bro Shukri (pelajar UUM). Pada sesi petang ini, beliau bersama Bro Shukri telah melakonkan teknik mendekati non-Muslim untuk mendapatkan maklumbalas mengenai pandangan atau pengetahuan mereka tentang Islam.

HARI KEDUA 31.8.2013(SABTU)

Sebelum Street Dakwah, Datin Norhana bersama dengan Ustaz Fakrurrazi telah membahagi-bahagikan peserta kepada tiga kumpulan, dimana kumpulan A telah diketuai oleh Bro Shukri, kumpulan B diketuai oleh Bro Firdaus Wong Wai Hung dan Datin Norhana dan kumpulan C diketuai oleh Bro Lim Joi Soon dan Bro Amin. Bagi memberkati program Street Dakwah ini, diselitkan juga bacaan doa oleh Ustaz Fakrurrazi sebelum memulakan Street Dakwah di Kg. Cina, JlnTok Lam, Jln Banggol, Kg. Tiong. Borang kaji selidik turut diedarkan kepada para peserta digunakan untuk mendapatkan sedikit pandangan komuniti non-Muslim tentang Islam.


Hasilnya? Ada yang enggan memberi pandangan, ada yang agak takut untuk memberi pendapat dan ada juga yang selesa melayan soalan kami. Kami juga mendapati, kebanyakkan mereka tahu tentang cara hidup dan budaya orang Islam. Cuma, mereka kurang memahami makna sebenar Tauhid iaitu percaya pada Satu Tuhan. Jadi, pada mereka semua agama sama sahaja.

Sayang sekali, bila kita berkawan lama dengan non-Muslim tapi tidak pernah bercerita tentang Allah pada mereka. Lebih kesian lagi, pada kita yang Muslim tapi tidak pernah berkongsi Islam pada mereka. Jadi, sahabat2, jom sama-sama kita cari dan cipta ruang untuk menyampaikan Islam kepada sahabat-sahabat non-Muslims. Gunakan nikmat kemerdekaan dan  keamanan ini untuk memaksimumkan usaha dakwah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program Street Dakwah kali ini; terutamanya Bro. Lim Joi Soon, Bro Amin, Bro. Firdaus Wong Wai Hung, Bro. Syukri (UUM), adik2 UniSZA dan adik2 UMT.



























Friday, August 30

Program JOM BERSIH PANTAI (Siri 2/2013)


KHAMIS - Seperti yang dirancang, Alhamdlillah Program 'JOM BERSIH PANTAI' Siri II telah berjaya diadakan pada 29.8.2013 di pantai Kg. Mengabang Telipot . Aktiviti mengutip sampah di sepanjang pantai telah bermula jam 5.00 sehingga 7.00 petang. Program ini disertai oleh pelajar UniSZA seramai 20 orang. peserta di bahagikan kepada 2 kumpulan dan gerak kerja mengutip sampah bermula. Masih banyak sampah yang perlu dikutip tapi kami terpaksa berhenti kerana sudah hampir waktu maghrib. Sebelum bersurai, para peserta di hidang dengan minum petang. Insha Allah, semoga siri seterusnya bakal menyusul di lokasi pantai yang sama kerana masih banyak sampah dan bahan buangan yang ada di sepanjang pantai. Jutaan terima kasih kepada adik-adik yang sudi meluangkan waktu petang bersama kami di pantai Kg. Mengabang Telipot. See you next time with more garbages! 

 

 

   

 













Monday, July 22

PROGRAM IFTAR JAMAIE & SOLAT TERAWIH SIRI 2

Program ini diadakan sempena bulan Ramadhan dan dikendalikan oleh Datin Norhana dan skuad Darul Fitrah. Program iftar dan terawih ini disertai seramai 150 orang. Antaranya ialah anak-anak yatim Darul Falah dan saudara baru. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mengeratkan silaturrahim antara pihak Darul Fitrah dengan anak-anak yatim Darul Falah, saudara baru dan OKU. Selain itu, ia bertujuan untuk mencurahkan kasih sayang kami terhadap mereka kerana sepertimana kita mengetahui golongan seperti ini kurang dapat kasih sayang dari masyarakat setempat. Dan juga ia bertujuan untuk berkongsi nikmat Allah serta meringankan bebanan golongan yang kurang bernasib baik ini.

Para tetamu tiba ke Darul Fitrah tepat jam 6.30petang. Tetamu disambut meriah oleh pihak Darul Fitrah. Program ini dimulakan dengan majlis zikir pada jam 6.45 petang. Majlis zikir ini dikendalikan oleh Ustaz Fakrurrazi. Majlis zikir ini berlangsung sebelum masuk waktu berbuka puasa. Diantara perantaraan satu zikir Ustaz Fakrurrazi juga menyampaikan sedikit tazkirah tentang kelebihan zikir dan selawat dalam kehidupan kita seharian.

Apabila masuk waktu berbuka puasa, para tetamu dihidangkan dengan kuih-muih dan air mineral cawan untuk berbuka. Selepas itu, para tetamu bersiap untuk solat maghrib berjemaah dan solat maghrib diimami oleh Ustaz Fakrurrazi. Selesai solat maghrib, pihak darul Fitrah menyediakan makanan berat untuk para tetamu menjamu selera iaitu nasi minyak, buah pisang dan air sirap. Para tetamu begitu berselera menikmati makanan yang disediakan oleh pihak Darul Fitrah. Setelah mengisi perut yang seharian berpuasa, para tetamu kelihatan berehat kekenyangan seketika sementara menunggu masuknya waktu solat Isyak.

Apabila azan Isyak berkumandang, para tetamu bersiap sedia untuk menunaikan solat Isyak berjemaah yang diimami oleh Ustaz Fakrurrazi. Dan diteruskan dengan solat terawih yang turut diimamkan oleh Ustaz Fakrurrazi serta dibantu oleh saudara Firdhaus sebagai bilal terawih.

Sebelum para tetamu bersurai, Datin Norhana berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada tetamu yang hadir iaitu duit raya dan kurma saudara baru, anak-anak yatim Darul Falah dan saudara baru. Majlis bersurai. 











 








Saturday, July 20

PROGRAM LAWATAN KE PERSATUAN BUDDHIST TERENGGANU

Objektif program:
- Mendedahkan peserta dengan kepercayaan & amalan masyarakat Buddhist.
- Memberi peluang kepada peserta untuk berdialog dengan komuniti Buddhist.
- Membina hubungan yang baik dengan komuniti Cina di Kuala Terengganu.


Alhamdulillah, program lawatan ini telah berjaya dijalankan seperti yang dirancang. Seramai 55 orang peserta telah mengikuti program ini dan mereka terdiri daripada ahli Persatuan Darul Fitrah sendiri dan juga mahasiswa/wi UniSZA termasuklah 3 orang mahasiswi non-Muslim dari universiti yang sama. 


Persatuan Buddhist Terengganu @ Terengganu Buddhist Association ini terletak di Balik Bukit, Kuala Terengganu. Di sana, kami telah disambut oleh Pengerusi persatuan tersebut iaitu Bro. Wong Choon Kheng dan beberapa ahli persatuan mereka.
Melalui program ini juga, kami telah berkongsi tentang Islam kepada ahli-ahli Persatuan Buddhist Terengganu. Datin Norhana Abdullah, di dalam ucapannya, telah menerangkan tentang galakan Islam terhadap umat Islam untuk mempelajari budaya dan agama yang lain serta menjalin hubungan harmoni dengan penganut agama lain. Beliau turut berkongsi tentang kelebihan puasa dan amalan masyarakat Muslim di bulan Ramadhan.
Sepanjang program ini, kami telah mempelajari kepercayaan, amalan dan budaya penganut Buddha. Kami juga dibawa melawat ke bahagian-bahagian di dalam bangunan Persatuan Buddhist Terengganu sambil diterangkan fungsi setiap bahagian oleh  Bro. Wong sendiri. Beliau turut dibantu oleh ahli-ahli persatuan untuk menjawab soalan-soalan dari kami.
Program ini memberi hasil yang baik di mana para peserta terutamanya pelajar universiti dapat melihat sendiri budaya dan amalan agama masyarakat Buddhist. Menerusi penerangan yang diberikan oleh Bro. Wong, kami dapat melihat perbezaan yang amat ketara antara Islam dan Buddhism terutamanya dalam perkara yang berkait dengan teologi dan ketuhanan. Namun, dari segi etika dan moral, kita dapat melihat banyak persamaan di mana kedua-dua agama amat menitikberatkan tentang akhlak seperti menghormati ibu bapa, jiran tetangga, tidak mencuri dan tidak melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.
Ringkasnya; perbezaan antara dua agama ini perlu difahami sebaik-baiknya agar kita dapat menghormati dan memahami sensitiviti penganut agama lain. Persamaan yang ada pula hendaklah diraikan bersama dengan bekerjasama antara satu sama lain dalam membentuk masyarakat yang harmoni.

Kami turut mendapat respon yang baik daripada pihak Terengganu Buddhist Association apabila Bro. Wong sendiri menyatakan hasrat untuk membuat lawatan balas ke tempat kami di masa hadapan.

Harapan kami, semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa hadapan dan menjadi pemangkin kepada saudara Muslim yang lain untuk lebih proaktif dalam membina hubungan yang harmoni dan berkongsi tentang Islam kepada masyarakat yang berlainan agama di Malaysia.

Ringkasnya; perbezaan antara dua agama ini perlu difahami sebaik-baiknya agar kita dapat menghormati dan memahami sensitiviti penganut agama lain. Persamaan yang ada pula hendaklah diraikan bersama dengan bekerjasama antara satu sama lain dalam membentuk masyarakat yang harmoni.
Kami turut mendapat respon yang baik daripada pihak Terengganu Buddhist Association apabila Bro. Wong sendiri menyatakan hasrat untuk membuat lawatan balas ke tempat kami di masa hadapan.

Harapan kami, semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa hadapan dan menjadi pemangkin kepada saudara Muslim yang lain untuk lebih proaktif dalam membina hubungan yang harmoni dan berkongsi tentang Islam kepada masyarakat yang berlainan agama di Malaysia.

Kami turut mendapat respon yang baik daripada pihak Terengganu Buddhist Association apabila Bro. Wong sendiri menyatakan hasrat untuk membuat lawatan balas ke tempat kami di masa hadapan.

Harapan kami, semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa hadapan dan menjadi pemangkin kepada saudara Muslim yang lain untuk lebih proaktif dalam membina hubungan yang harmoni dan berkongsi tentang Islam kepada masyarakat yang berlainan agama di Malaysia.

Harapan kami, semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa hadapan dan menjadi pemangkin kepada saudara Muslim yang lain untuk lebih proaktif dalam membina hubungan yang harmoni dan berkongsi tentang Islam kepada masyarakat yang berlainan agama di Malaysia.



Program ini juga, kami telah berkongsi tentang Islam kepada ahli-ahli Persatuan Buddhist Terengganu. Datin Norhana Abdullah, di dalam ucapannya, telah menerangkan tentang galakan Islam terhadap umat Islam untuk mempelajari budaya dan agama yang lain serta menjalin hubungan harmoni dengan penganut agama lain. Beliau turut berkongsi tentang kelebihan puasa dan amalan masyarakat Muslim di bulan Ramadhan.







Pengerusi Persatuan Buddhist Terengganu Bro. Wong Choon Kheng (duduk, tujuh dari kiri) bergambar bersama peserta dihadapan bangunan Persatuan Buddhist Terengganu.


Pengerusi persatuan, Bro. Wong Choon Kheng (tiga dari kiri), Datin Norhana Abdullah (tiga dari kanan) bergambar bersama staf persatuan dan pihak Darul Fitrah.

Datin Norhana menyerahkan plak penghargaan kepada Bro. Wong sebagai tanda terima kasih kerana sudi menyambut kedatangan kami. 


Saudara Wong memberi penerangan tentang persatuan Buddhist serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.


Antara gambar-gambar lain di dalam bangunan Persatuan Buddhist Terengganu.