Objektif program:
- Mendedahkan peserta dengan kepercayaan & amalan masyarakat Buddhist.
- Memberi peluang kepada peserta untuk berdialog dengan komuniti Buddhist.
- Membina hubungan yang baik dengan komuniti Cina di Kuala Terengganu.

Alhamdulillah, program lawatan ini telah berjaya dijalankan seperti yang dirancang. Seramai 55 orang peserta telah mengikuti program ini dan mereka terdiri daripada ahli Persatuan Darul Fitrah sendiri dan juga mahasiswa/wi UniSZA termasuklah 3 orang mahasiswi non-Muslim dari universiti yang sama.
Persatuan Buddhist Terengganu @ Terengganu Buddhist Association ini terletak di Balik Bukit, Kuala Terengganu. Di sana, kami telah disambut oleh Pengerusi persatuan tersebut iaitu Bro. Wong Choon Kheng dan beberapa ahli persatuan mereka.
Melalui program ini juga, kami telah berkongsi tentang Islam kepada ahli-ahli Persatuan Buddhist Terengganu. Datin Norhana Abdullah, di dalam ucapannya, telah menerangkan tentang galakan Islam terhadap umat Islam untuk mempelajari budaya dan agama yang lain serta menjalin hubungan harmoni dengan penganut agama lain. Beliau turut berkongsi tentang kelebihan puasa dan amalan masyarakat Muslim di bulan Ramadhan.
Sepanjang program ini, kami telah mempelajari kepercayaan, amalan dan budaya penganut Buddha. Kami juga dibawa melawat ke bahagian-bahagian di dalam bangunan Persatuan Buddhist Terengganu sambil diterangkan fungsi setiap bahagian oleh Bro. Wong sendiri. Beliau turut dibantu oleh ahli-ahli persatuan untuk menjawab soalan-soalan dari kami.
Program ini memberi hasil yang baik di mana para peserta terutamanya pelajar universiti dapat melihat sendiri budaya dan amalan agama masyarakat Buddhist. Menerusi penerangan yang diberikan oleh Bro. Wong, kami dapat melihat perbezaan yang amat ketara antara Islam dan Buddhism terutamanya dalam perkara yang berkait dengan teologi dan ketuhanan. Namun, dari segi etika dan moral, kita dapat melihat banyak persamaan di mana kedua-dua agama amat menitikberatkan tentang akhlak seperti menghormati ibu bapa, jiran tetangga, tidak mencuri dan tidak melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.
Ringkasnya; perbezaan antara dua agama ini perlu difahami sebaik-baiknya agar kita dapat menghormati dan memahami sensitiviti penganut agama lain. Persamaan yang ada pula hendaklah diraikan bersama dengan bekerjasama antara satu sama lain dalam membentuk masyarakat yang harmoni.
Kami turut mendapat respon yang baik daripada pihak Terengganu Buddhist Association apabila Bro. Wong sendiri menyatakan hasrat untuk membuat lawatan balas ke tempat kami di masa hadapan.
Harapan kami, semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa hadapan dan menjadi pemangkin kepada saudara Muslim yang lain untuk lebih proaktif dalam membina hubungan yang harmoni dan berkongsi tentang Islam kepada masyarakat yang berlainan agama di Malaysia.

Program ini juga, kami telah berkongsi tentang Islam kepada ahli-ahli Persatuan Buddhist Terengganu. Datin Norhana Abdullah, di dalam ucapannya, telah menerangkan tentang galakan Islam terhadap umat Islam untuk mempelajari budaya dan agama yang lain serta menjalin hubungan harmoni dengan penganut agama lain. Beliau turut berkongsi tentang kelebihan puasa dan amalan masyarakat Muslim di bulan Ramadhan.
Pengerusi Persatuan Buddhist Terengganu Bro. Wong Choon Kheng (duduk, tujuh dari kiri) bergambar bersama peserta dihadapan bangunan Persatuan Buddhist Terengganu.
Pengerusi persatuan, Bro. Wong Choon Kheng (tiga dari kiri), Datin Norhana Abdullah (tiga dari kanan) bergambar bersama staf persatuan dan pihak Darul Fitrah.
Datin Norhana menyerahkan plak penghargaan kepada Bro. Wong sebagai tanda terima kasih kerana sudi menyambut kedatangan kami.
Saudara Wong memberi penerangan tentang persatuan Buddhist serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.
Antara gambar-gambar lain di dalam bangunan Persatuan Buddhist Terengganu.
No comments:
Post a Comment