JUMAAT : 5/7/2013~program 'JOM BERSIH PANTAI' Siri I telah berjaya
diadakan di pantai Kg. Mengabang Telipot. Aktiviti mengutip sampah di
sepanjang pantai telah bermula jam 5.30 sehingga 7.00 petang. Seramai 30 orang peserta dari
UniSZA telah turun bersama kami. Masih banyak sampah yang perlu dikutip
tapi kami terpaksa berhenti kerana sudah hampir waktu maghrib. Insha
Allah, Siri II bakal menyusul di lokasi pantai yang sama kerana masih
banyak sampah dan bahan buangan yang ada di sepanjang pantai. Jutaan
terima kasih kepada adik-adik yang sudi meluangkan waktu petang bersama
kami di pantai Kg. Mengabang Telipot. See you next time with more
garbages!
No comments:
Post a Comment